Sabtu, 27 Oktober 2012

Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

        Alam tanda kewujudan Tuhan....Kita sememangnya yakin bahawa alam yang sangat luas dan besar ini bukanlah terjadi dengan sendirinya melainkan ada penciptanya. Kita yakin bahawa Allah s.w.t bukan sahaja mencipta bahkan mengatur perjalanan alam seluruhnya sepertimana dalam surah Yunus ayat 31 menyatakan:

        Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidupdari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah.Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa kepadanya?

Jom sama-samalah kita renungkan...

Berapakah agaknya keluasan alam?

        Sistem solar  kita terdiri daripada matahari, planet-planet, asteroid, komet dan juga meteor. semua Planet-planet ini mengelilingi matahari termasuklah bumi. Jika kita "melihat" dari luar sistem solar, kita akan kelihatan sangat kecil daripada galaksi ini, iaitu Galaksi Bima Sakti. Galaksi ini merupan galaksi yang sangat besar dan mengandungi kira-kira 200 hingga 400 bilion bintang dan salah satunya adalah matahari yang berada dalam sistem solar. 

        Para saintis telah menggunakan sistem kelajuan cahaya untuk mengukur saiz alam. Di mana ianya adalah ukuran paling pantas yang mampu disukat olh manusia dan tidak ada kelajuan yang lebih pantas daripada cahaya mengikut skala manusia. Cahaya boleh bergerak dengan kelajuan 300,000KM sesaat (lebih laju daripada Bunyi). Sebagai contoh, jarak antara bumi dengan matahari lebih kurang 149,600,000KM dan cahaya mengambil masa selama lapan minit untuk sampai ke bumi.

        Cuba kita bayangkan, keluasan galaksi Bima Sakti adalah lebih kurang 100,000 tahun cahaya. Ini bermakna cahaya bergerak selaju 300,000km sesaat akan mengambil masa selama 100,000 tahun untuk merentasi galaksi Bima Sakti. Subhanallah...sungguh besar alam ciptaan Allah s.w.t. Ini belum lagi kita membuat renungan tentang penghujung atau pinggiran alam! Masyaaallah....tidak terjangkau dengan teknologi yang sedia ada sekarang...