Khamis, 29 November 2012

PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

MARI KITA TINJAU PULA PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA....

Menurut takrifan rasmi, terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.



UTARID




Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.


ZUHRAH

 
Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi. Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik. Dikenali sebagai "rumah hijau" kerana mempunyai gas karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosfera. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.



BUMI




BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

MARIKH



Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.


MUSYTARI


Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.  


ZUHAL


Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan mengorbit planet ini.



URANUS




Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.


NEPTUN


Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

Rabu, 14 November 2012

REHATKAN MINDA

ALUNAN NASYID

Sebagai ucapan terima kasih buat semua guru di Malaysia khususnya guru-guru di SK Tunku Muda Serting.




Penghujung persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid sekolah SK Tunku Muda Serting Al-Mumtaz 2012 



Terima Kasih cikgu!

KUIZ

JOM KITA MENGUJI MINDA....

1. Sistem solar terdiri daripada ...................................., ..................................,....................................    
    komet dan meteor.

2. Sistem Solar terletak di dalam Galaksi .......................................


3. Bumi adalah planet yang ke .............................. daripada matahari.

4. Planet apakah yang sudah terkeluar daripada Sistem Suria?


    .........................................



5. Apakah cara pembiakan bagi pokok buluh?

    .........................................

6. Berapakah luas kawasan daratan berbanding luas kawasan 

    permukaan bumi?

    ......................................



7. Manusia bernafas melalui ................................manakala organ pernafasan ikan adalah ............................

8. Penyu adalah termasuk dalam kumpulan ....................................   

    seperti buaya dan ular.


9. Apakah perbezaan di anatara penyu dan kura-kura?

 ..................................................................................................................................................................

KEINDAHAN HIDUPAN DI LAUT

TEROKAI HIDUPAN DI LAUT.....

        Lautan merangkumi 3/4 (70%) daripada  luas permukaan bumi adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai untuk keseimbangan hidupan di bumi. Lautan memainkan peranan penting sebagai habitat kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, sangat menakjubkan! Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia. Jom kita lihat keindahannya....


        Bila kita fikir hidupan di laut, mesti terbayangkan ikan...tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis hidupan di dalamnya seperti reptilia, mamalia, krustasia dan sebagainya. Sebenarnya terdapat lebih kurang 15 000 jenis ikan yang hidup di laut dan kebanyakannya hidup berkumpulan. Ikan-ikan akan berenang bersama-sama demi keselamatan mereka.


        Persoalannya...kenapakah kita manusia tidak dapat bernafas di dalam air seperti ikan? Ikan bernafas melalui insang dan bukannya paru-paru. Oksigen yang larut dalam air akan diserap oleh ikan apabila air itu melalui insang. Namun ianya berbeza dengan ikan lumba-lumba kerana ikan ini adalah mamalia. Sudah tentu ia bernafas melalui paru-paru. Sebenarnya ikan lumba-lumba ini akan ke permukaan air selang beberapa minit untuk bernafas melalui lubang udara di bahagian atas kepalanya. Itulah kebesaran ciptaan Tuhan.


Adakah semua haiwan di laut boleh berenang? Tidak semua haiwan yang tinggal di laut boleh berenang seperti  udang dan ketam. Ia adalah kumpulan krutasia yang mempunyai kulit keras dan badan bersegmen.


        Satu lagi contoh haiwan di laut adalah penyu. Apakah keistimewaannya? Penyu adalah haiwan pengembara! Penyu boleh berenang beribu-ribu kilometer semata-mata hanya untuk bertelur. Penyu menggunakan kaki depannya yang leper untuk mengorek lubang di pasir pantai kelahirannya untuk bertelur. Ia juga bernafas melalui paru-paru, bukannya insang. Istimewanya, penyu boleh berada di dalam air selama 5 jam. Satu lagi, penyu hampir serupa dengan kura-kura tetapi bezanya penyu tidak boleh menyembunyikan kepalanya. Ia juga merupakan salah satu haiwan reptilia seperti buaya dan ular.  

Rabu, 7 November 2012

SINGGAH SEBENTAR DI SK TUNKU MUDA SERTING, BAHAU, N.SEMBILAN


TEMPATKU MENCURAH BAKTI

Pandangan hadapan dari arah pejabat dan bilik guru SKTMS. Aras bawah adalah Dewan Terbuka, aras 1 Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Muzik, aras 2 Bilik Sains dan aras 3 adalah kelas dan Bilik Seni Visual.


Pandangan sisi dari Bilik Guru : Dewan Gemilang berada di aras 2 dan yang lain-lain semuanya adalah kelas.  


Antara tumbuhan yang ada di taman herba di SKTMS
                                    


LIHATLAH KEHIJAUAN ALAM CIPTAANNYA


KEHIJAUAN SAUJANA MEMANDANG ADALAH KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN

Air terjun merupakan salah satu pemandangan indah hasil ciptaan Tuhan kepada hambanya....


Bukit bukau menghijau memberi ketenangan di jiwa di samping menyumbang pelbagai khazanah di sini.

Sungai adalah saluran air menuruni bukit dan mengalir ke laut (muara) berpunca dari hulu sungai.

Sejenis tumbuhan di Malaysia yang hidup serumpun (membiak melalui anak pokok) iaitu buluh asalnya adalah rebung. Tumbuhan ini mempunyai banyak keistimewaan bermula dari rebung sehinggalah menjadi buluh.

Sejenis tumbuhan herba yang juga mempunyai pelbagai kegunaan bukan sekadar kepentingan hidupan serangga.

Selasa, 6 November 2012

MARI KITA LIHAT KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN

KEINDAHAN ALAM SEMESTA

Ini adalah pandangan di luar galaksi kita Bima Sakti


Inilah Asteroid


Komet indah yang mengerikan


Ini adalah merupakan Galaksi M81  (cantik dengan warna merah jambu)


Gambara Bintang Carina yang terletak berhampiran Galaksi Bima Sakti


Menunjukkan proses Black Hole (berlaku ketika sebuah bintang yang berukuran besar tiba di akhir hayatnya -akan berlaku ledakan yang kuat hingga membentuk lubang besar)


Pemandangan ketika Jupiter menghadap sang Suria