Khamis, 29 November 2012

PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

MARI KITA TINJAU PULA PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA....

Menurut takrifan rasmi, terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.



UTARID




Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.


ZUHRAH

 
Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi. Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik. Dikenali sebagai "rumah hijau" kerana mempunyai gas karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosfera. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.



BUMI




BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

MARIKH



Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.


MUSYTARI


Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.  


ZUHAL


Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan mengorbit planet ini.



URANUS




Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.


NEPTUN


Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

42 ulasan:

  1. tahniah cikgu Ajar teruskan kerjaya cikgu itu semoga berjaya cikgu Ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. pluto la planet paling akhir...

      Padam
    2. pluto la planet paling akhir...

      Padam
    3. Pluto dah diiktiraf kalau x silap 4 tahun lps bukan bertaraf planet

      Padam
    4. semua ciptaan allah tiada apa yang mustahil

      Padam
  2. indahnya ciptaan allah

    BalasPadam
  3. uiiuyur
    uyyyy
    yo7yiytioyt

    BalasPadam
  4. ini asmui sekolah kebangsaan bukit tumbuh,kuala terengganu kelas 4ibnu batutah

    BalasPadam
  5. malas aku nok layan

    BalasPadam
  6. ini nabil and the geng

    BalasPadam
  7. siapa yang tulis ini

    BalasPadam
  8. my name is tumulak

    BalasPadam
  9. Nama planet dapat nama dari mana

    BalasPadam
  10. betapa cantik ciptaanMu..Ya Allah

    BalasPadam
  11. betapa caniknya ciptaan allah
    ]

    BalasPadam
  12. Wahh , kini saya dah tahu apa yg istimewa dalam planet_II terseb0t . Thanks Cikgu Ajar ! :)

    BalasPadam
  13. apa satelit bagi planet - planet sistem suria

    BalasPadam
  14. alhamdulillah blog yg berguna u thn 6.tq sifu............

    BalasPadam
  15. Maafkn saye , pluto tak dikire sebagai planet ke ?? Cume bertanye

    BalasPadam
  16. Sesungguhnya , amat besar kebesaran ALLAH itu ...... :)

    BalasPadam
  17. terima kasih kepada blog ini yg boleh kn saya membuat kerja sain

    BalasPadam
  18. terima kasih atas blog ini

    BalasPadam
  19. terima kasih atas blog ini

    BalasPadam
  20. palanet mane ea yang cantik di sistem suria

    BalasPadam
  21. cantiknye ciptaan tuhan ini!!!

    BalasPadam
  22. TERIMA KASIH DENGAN MAKLUMAT INI

    BalasPadam
  23. Mengikut AlQuran ada 11 planet, spt dalam surah Yusuf bila Nabi Yusuf a.s. bermimpi ada 11 bintang sujud kpdnya. Saintis Barat memang sudah jumpa 2 lagi planet kecil selepas Pluto, tetapi tidak mengiktirafnya sebagai planet, mungkin untuk menafi kebenaran Al Quran.

    BalasPadam
  24. Kenapakah bumi dijadikan sebagai planet kehidupan...Siapa boleh jawap.

    BalasPadam