Rabu, 14 November 2012

KEINDAHAN HIDUPAN DI LAUT

TEROKAI HIDUPAN DI LAUT.....

        Lautan merangkumi 3/4 (70%) daripada  luas permukaan bumi adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai untuk keseimbangan hidupan di bumi. Lautan memainkan peranan penting sebagai habitat kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, sangat menakjubkan! Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia. Jom kita lihat keindahannya....


        Bila kita fikir hidupan di laut, mesti terbayangkan ikan...tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis hidupan di dalamnya seperti reptilia, mamalia, krustasia dan sebagainya. Sebenarnya terdapat lebih kurang 15 000 jenis ikan yang hidup di laut dan kebanyakannya hidup berkumpulan. Ikan-ikan akan berenang bersama-sama demi keselamatan mereka.


        Persoalannya...kenapakah kita manusia tidak dapat bernafas di dalam air seperti ikan? Ikan bernafas melalui insang dan bukannya paru-paru. Oksigen yang larut dalam air akan diserap oleh ikan apabila air itu melalui insang. Namun ianya berbeza dengan ikan lumba-lumba kerana ikan ini adalah mamalia. Sudah tentu ia bernafas melalui paru-paru. Sebenarnya ikan lumba-lumba ini akan ke permukaan air selang beberapa minit untuk bernafas melalui lubang udara di bahagian atas kepalanya. Itulah kebesaran ciptaan Tuhan.


Adakah semua haiwan di laut boleh berenang? Tidak semua haiwan yang tinggal di laut boleh berenang seperti  udang dan ketam. Ia adalah kumpulan krutasia yang mempunyai kulit keras dan badan bersegmen.


        Satu lagi contoh haiwan di laut adalah penyu. Apakah keistimewaannya? Penyu adalah haiwan pengembara! Penyu boleh berenang beribu-ribu kilometer semata-mata hanya untuk bertelur. Penyu menggunakan kaki depannya yang leper untuk mengorek lubang di pasir pantai kelahirannya untuk bertelur. Ia juga bernafas melalui paru-paru, bukannya insang. Istimewanya, penyu boleh berada di dalam air selama 5 jam. Satu lagi, penyu hampir serupa dengan kura-kura tetapi bezanya penyu tidak boleh menyembunyikan kepalanya. Ia juga merupakan salah satu haiwan reptilia seperti buaya dan ular.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan